Thursday 28 June 2012

Tak boleh terima kenyataan.

Serious. Saya tak boleh terima yang kita dah tak ada apa-apa kaitan lagi dah. Sampai sekarang saya tak boleh terima semua ni. Dalam Kelas je termenung ingatkan awak. Tak habis cerita pasal awak dekat Thiera. Dia tak muak pun dengar. Dia dengar je apa yang saya nak ceritakan pasal awak. Saya taktau nak lepaskan perasaan hampa ni dekat siapa. Thiera jelah satu-satunya.

Satu je saya nak bagitahu awak. SAYA RINDU KITA YANG DULU.

Awak ingat tak, mula-mula kita kenal dulu? Awak ingat tak? Awak beriya-iya tegur saya dekat IM. Hari-hari pulak tu menegur. Saya macam nak taknak je layan awak. Sebab terasa rimas dengan perangai awak. Bukan rimas sebab awak tegur saya hari-hari, itu saya tak kisah. Saya tak marah kalau awak tegur saya hari-hari. Tapi satu, perangai awak yang suka buat saya menyirap. Menyirap sangat. Lepastu saya touching. Awak tak pujuk pun. Makin lagi dan lagi ah saya bengang dengan awak.

Awak tahu tak perkara apa yang buat saya menyirap dengan perangai awak tu? First, time saya buat lawak yang tak kelakar, awak tanya " Kelakar ke? -,- " Eh, macam Asdfghjkl. Balas jela perkataan haha walaupun benda tu tak kelakar. Tapi ni tak, awak buat kerek awak. Memang saya menyirap kuasa 23456789.

Kedua, awak tegur saya dekat IM terus dengan ayat macamni " Hari-hari muka dia je yang online -,- " Saya balas " Lepasni saya delete je account ni. Tak on buat selama-lamanya. Baru awak suka kan. " Awak balas balik. " Delete jela. Haha. " Eh, serious tak lawak. Saya terasa betul masa tu. Terus saya tak reply IM awak. Sakit hati.

TIBA-TIBA.....

" Alololoh awak merajuk ke? " Jawapan singkat dari saya " X " Awak balas balik " Haha okay." Awak gelak apa?! Duhh. Kerek betul.

Awak suka sakat saya hari-hari. Buat saya bengang terlampau. Tapi dah lama-lama tu, saya tak kisah pun. Sebab dah 2 bulan saya kenal awak masa tu. Saya dah lali dah dengan perangai awak yang suka buat saya sakit hati.

Hari-hari awak tegur saya dekat IM. Sampai buat saya dah muak nak IM dengan awak. Kalau boleh, taknak awak tegur saya lagi dah. Kalau tegur, buat saya sakit hati. Buat mood saya spoil je.

Sampai ada satu masa tu, saya online lebih dari 3 jam. Selalunya muka awak yang setia tegur saya dekat IM. Tapi haritu lain sangat, awak tak online masa tu. Aman saya masa tu. Esoknya saya on, tak ada dah saya nampak awak online. Tiba-tiba je saya mengeluh.

AWAK NAK TAHU?

Saya tiba-tiba terdetik dalam hati " Mana awak ni? Dah 2 hari awak tak online. Dah 2 hari kita tak bertegur. " Lepastu saya jadi bodoh kejap kenapalah saya terdetik macamtu dalam hati. Bukan ke selama ni awak yang saya benci? Bukan ke selama ni awak ah yang banyak buat saya sakit hati? Bukan ke selama ni awak yang suka sakat saya? Tapi..... Perasaan rindu dekat awak tiba-tiba datang. Saya cuba stalk Profile awak dalam FB bila awak tak online 2 hari tu. Dan bila saya stalk profile awak dekat FB tu, tiba-tiba status awak tertulis macamni " Manusia sekarang memang suka buat fitnah kan. Tapi sayang, I nak u tahu yang I sayang u sorang je :) jangan dengar cakap orang lain k...... " Ya Allah, memang saya terasa sedih masa tu. Tak tahu kenapa. Saya tak habis ulang tanya dalam hati, kenapa saya nak sedih sedangkan awak bukan saya yang punya. Kenapa kenapa?! 

Dan masa tu.....

Saya baru tahu jawapannya, hati ni macam dah terpikat dekat awak. Sah saya suka awak. Tapi saya tak bagitahu. Saya pendam.

Dan kalau nak cerita, memang panjang. Pendek cerita, satu masa tu. Awak nak couple dengan saya. Serious macam tak sangka. Saya buat kerek saya dalam 4 5 hari. Lepastu baru saya terima awak. Time tu memang awak baik dengan saya. Pandai jaga hati saya. Tapi sebelum ni kenapa awak menyakitkan hati? Kenapa? Dan sekarang, awak dah berubah. Tiba-tiba layan saya dengan baik. Baik sangat. 

Awak ingat tak, untuk pertama kali kita jumpa. Saya dah sampai sana terlebih awal dari awak. Sedangkan awak yang berjanji awak nak datang sana lebih awal dari saya. Saya text awak tanya dekat mana. Awak balas " Otw. " Saya menyirap.Saya balas balik " Cepatlah !!! Kang saya kena colek kang !!! Saya dah lah comel !!! " Awak balas. " Sabar la sayang. Takde sape nk colek awak de. Awak tu bukan comel pon. Haha. " Ok, itu kelakar.

Kali kedua kita jumpa tu, saya gilakan selekeh. Tak lipat tudung. Sampai-sampai depan awak je, saya cepat-cepat lipat tudung sambil pandang bawah. Awak pandang je saya masa tu. Lepastu awak senyum-senyum. Saya pukul bahu awak. Saya tanya " Awak senyum apahal? Macam orang gila. " Awak ingat tak semua ni awak? :(

Ingat lagi time kali ketiga kita jumpa tu, masa tu baru nak start cuti 2 minggu. Malam tu awak ada nak pergi mana tah. Untuk Peringkat bola Kebangsaan. 2 minggu awak pergi sana kan? Pastu Jumaat baru nak start cuti tu, kita jumpa. Last awak cakap awak dah nak balik tu, saya berdiri dulu. Padahal awak yang nak balik dulu. Saya yang over berdiri dulu. Pastu awak cakap sambil senyum " Awak suka lah tu saya nak balik dah. Awal bangun. " Saya cakap " Mana adalahhhh. Ish. Menuduh. " Lepas saya cakap cantuh, saya berdiri depan awak yang tengah duduk tu, pastu awak gelak tiba-tiba. Awak cakap " Eleh pendek. " Pastu ada pokok bunga tepi awak tu, saya cabut, saya baling dekat awak. Ini lawak. Awak ingat tak semua ni sayang? :(

Kalau nak cerita pasal jumpa ni, memang banyak kisahnya. Awak tahu tak, saya nak lupakan awak bukan main susah lagi, bukan main payah, bukan main seksa. Saya cuba text Lelaki lain. Tak pernah-pernah saya jadi macamni. Tiba-tiba text Lelaki lain dengan memulakan dulu. Patutnya Lelaki yang buat cantuh, ni tak. Perempuan. Saya rasa saya dungu sangat masa tu. Awak tahu tak sebab apa? Awak tahu tak? :( Saya cuba nak kawal perasaan saya dari terindu awak. Rindu tu sakit. Saya cuba untuk lupakan awak bila text Lelaki lain. Tapi..... Tetap tak boleh :( Hati saya dekat awak lagi. Awak tak tahu perasaan saya macam mana. Awak tak tahu keadaan saya sekarang tanpa awak. Awak tak tahu yang hari-hari saya tunggu je text dari awak. Awak tak tahu betapa sakitnya saya bila Perempuan lain cuba nak rampas awak dari saya. Awak tak tahu semua tu :( Saya tahu awak baca semua ni kan? :(

Dah lah. Dah clash dah pun :( Tak ada guna cerita pasal ni sedangkan awak dah berbalik dekat ex awak balik & takkan ambik kisah pasal saya. Harap ex awak tu dapat jaga perasaan awak. Sumpah sedih. Taknak cerita lagi. Penat ni nangis :( 

No comments:

Post a Comment