Sunday 10 June 2012

Kehidupan tanpa Ibu.

Dulu,


Aku seorang pelajar yang menghinap diri di Hostel/Asrama.

Tapi sekarang.....

Dah belah dari sekolah yang ber-asrama tu.

Sebabnya?

* Aku tak pernah rasa kehidupan di sana, tak pernah diajar oleh Parent untuk duduk didunia yang kena buat sendiri. Ini kehendak diri yang nak ke sana. Tapi, tak reti menahankan diri untuk hidup susah kat sana. Senang cerita, susah tanpa Ibu. Semuanya mengharapkan Ibu yang buat. Lepastu poyo nak duduk jauh dari Parent dan kemudiannya nangis kerana tak tahan. * Jangan gelak k *

* Tak sanggup berjauhan dengan Parent. Rindu ah nanti. Kadang-kadang aku terfikir kalau kalau suatu hari nanti, bagaimana kalau gua masuk PLKN untuk beberapa bulan lamanya? Bagaimana kalau kalau gua dah kahwin nanti? Adakah gua berperangai sebegini gamak manjanya? Ahhh malas fikir! Macam mano lah keadaan bakal anak-anak gua nanti. Ini bisa jadi gila dongg! haha * Bahasa Indon couple dengan Nogori *

* Mungkin aku ni dari A sampai Z perlukan Ibu untuk buat semua. Sampaikan bangun pun handphone yang canggih boleh set alarm tu pun aku tak perlukan. Perlukan Ibu jugak untuk kejutkan. Ah please faham..... Aku bukan manja, dari dulu dilayan sebegini rupa. Terbawak sampai ke sekarang. Serabut kalau tanpa Ibu.

* Family aku ni jenis suka yang makan always together. Tak pernah ah makan sorang dua dalam satu masa. Mesti makan sesama. Lepas breakfast, lunch, mahupun dinner. Lepas je habis makan, mesti Ibu yang angkut pinggan aku dan adik-beradik yang lain untuk dibasuh. Bukannya nak suruh aku. Nak tolong disangka menyemak. Gimana caranya?! Haha. Kalau dekat DM Asrama tu, kena basuh tray dengan cawan sendiri. Habis basah baju sekolah gua. Terasa malu you know..... Sampai kawan pun menegur dengan sebegini rupa like..... " Weh, kau basuh tray ke basuh kereta doh? Habis lenjun baju kau. " Sampaikan aku dah naik ngantuk dengar soalan yang sama lepas habis basuh tray.

* Dirumah, basuh baju/seluar wajib dalam mesin basuh. Tak pernah cuci guna tangan. Sampai kasut sekolah pun gua angkut masuk dalam mesin basuh. DAHSYAT bukan? Tapi pakaian dalam tu basuh guna tangan ah kan. Benda tu tutup mata pun buleh buat. AhakssSs * gaya poyo * Tapi di Asrama, kena basuh baju/seluar guna tangan. I was like..... Gila apa?! Banyak doh baju aku. ( Macam pandai pulak aku nak perah, nak jemur, nak angkut sendiri. Kut hujan ah kan timpa baju aku yang dijemur tu? Tak berbaju agaknya aku kat Asrama tu  ) Pagi, petang, malam aku nak je basuh baju, sampai dah tinggal setengah packet sabun tu aku kerjakan. Ibu dengar pun geleng kepala dengan perangai gua yang agak biul ni menggunakan sabun dengan sebanyak yang ada. Hahaha. Boleh gila doh kalau sesiapa yang tak biasa dengan situasi di Asrama.

* Duduk sana, bangun pagi je, stret kena lipat selimut, tegangkan cadar katil semua. Kalau tak buat dengan sekemas yang mampu, tilam, selimut termasuk cadar akan dibaling dari tingkat 4 ke bawah. Ahhh sudah! Den dah pernah kena. Insaf weiiiiiiiiiiiiiii nak duduk sana :-( Selalu duduk rumah bangun pagi lipat selimut je. Cadar tak payah tegangkan pun. Ibu yang tegangkan cadar tu sendiri.

* Iron baju sekolah sendiri. Tak pandai eden do. Nak Ibu yang ironkan. Kalau kat sana tu, aku iron sampai terbakar baju sekolah aku. Pening Ibu dengar cerita sedih menyayat hati gua kat sana.

Tuntasnya, pindah jugak ke sekolah biasa.

Aku pun tak tahu mana salahnya aku. Nak kata manja? Macam har sangat. Gua gangster k. * Muka berlagak * hahahah. Gurau. Manja tu sikit lah. Part manja level bak kritikal macamni terlalu melarat untuk hari ini, hari esok dan hari seterusnya. Harap adik-adik yang baru nak menjejak kaki di sekolah ber-asrama, perlulah berhati-hati jikalau terdapat sikap negatif yang berada dalam diri Akak ni tau? Hahahahahah Akak lah sangat kalau dah perangai bak bebudak ni. * Sigh *

No comments:

Post a Comment