Monday 4 June 2012

10 perkara yang jahat pernah gua lakukan.

Siapa sempurna? Bagitahu bagitahu! Ada? Tak ada kan? Gua pun manusia macam lu, juga buat silap..... Ah tak ada kena mengena! haha

1. Pernah ponteng puasa selama sehari bersama Thiera ( kawan se-kamceng ) sebab terlampau haus. Makan ice cream yang sepuluh sen 1 malaysia tu dekat hutan Desa Orkid. Itu sumpah aku gelak besar bila ingat balik. Rasa macam..... Apahal aku dungu sangat doh time tu? * Form 1 story *

2. Pernah ponteng kelas, duduk dalam tandas pung pang pung pang bergosip.

3. Pernah singgah kelas orang yang aku benci, cari beg sekolah dia, dan gantung di kipas siling kelas. Sumpah itu paling jahat aku rasa. Apa ke bebal sangat? Sifat setan terlampau banyak dulu.

4. Pernah curi pemadam crush. Dah curi tu, nak guna pun sayang. Haa baik tak payah curi. Memang sah aku ni biul orangnya dulu.

5. Pernah pakai pin tudung Ibu yang mahal gegila tanpa pengetahuannya.

6. Pernah jatuhkan air orange dekat katil Abang time tengah lepak-lepak duduk atas katil baca novel. Lepas air orange tu membasahi tilam bak peta, aku terus melenyapkan diri di tempat lain dan tak mengaku yang aku buat.

7. Pernah pecahkan 3 biji pinggan. Lepastu tak mengaku dan menuduh Bobby ( Dikenali sebagai Kucing ) yang melanggar dan memecahkannya. Jahat kan aku? Haha kisah darjah 6.

8. Pernah sorokkan selipar Abang sampai dia mencari dengan bengis tapi aku takut nak bagitahu yang aku yang sorokkan padahal niat nak bergurau.

9. Pernah membunuh semut api dengan menggunakan spray hebat iaitu SHIELDTOCK. Macamtu eh eja dia? Eh ehhh entah :-/


Budak belah kanan tu pembunuh terhebat.

10. Pernah baling telur dekat orang yang tak dikenali padahal nak baling dekat kawan sendiri. Lepastu aku pergi lari sorok diri dekat belakang kereta orang, takut dimaki.

No comments:

Post a Comment