Monday 4 June 2012

20 perkara yang dibenci.

Yang numb 1 ni wajib diperhatikan dengan fokus. WAJIB! Apaaaaaaaaa? Mahu endahkan? Ya iya, silakan. Tapi kalau dah makan pelempang jangan tanya kenapa. Wkwkwk.

Bermulalah dengan numb 1.....

1. Tak suka dipaksa/dikongkong.

2. Tak suka orang yang bagi text dengan ayat k3CiK bEsA KeCik BeSa. Comfirm gua haram nak balas walaupun lu teman sejati lempitZs gua di sekolah ataupun dikenali sebagai satu geng di sekolah. Oh mimpi saja aku nak balas text kau yang buCuk itu k.

3. Tak suka bulu kucing melekat di baju. Tapi sayaaaaang akan kucing.

4. Tak suka dukung bayi. Sebab nanti air liur dia jatuh dekat baju. Ahhhhhhh! Satu hal kena tukar baju dan bazirkan sabun untuk membasuh padahal sebab perkara yang remeh temeh. Kena tahu satu, aku suka bayi. Benci sekadar nak dukung.

5. Tak suka bila tunggu orang yang berjanji nak awal, walhal dia yang lebih siap lambat dari kita. Whathehack? :-/



Tengok ni tengok ni, gua dah siap.... Lu baru nak mandi? Memang fak fak fak fakhrul! Haha k tak lawak. Sila melangkau ke numb 6 puh lease.

6. Tak suka bila balik sekolah dengan cuaca yang panas, pabila menekan loceng sebanyak 18 kali, baru orang bukak pintu. K best kena macamtu.

7. Tak suka bila bangun pagi, mandi semua selesai, turun bawah tengok atas meja. Hanya nasi lemak. Hari-hari nasi lemak tak ke gila kau muntah nasi lemak lepastu? Eghhhhhhh. Lemak k. L E M A K.

8. Tak suka angkat kain di berandar belakang sebabnya ada anak dara lelaki orang meninjau di tingkap lalu ber-wiwit-wiwit di situ, itu akan menjadikan aku stress tanpa sebab dan mengangkat kain sebanyak 3 helai dan kerja menjadi setengah jalan lalu masuk ke dalam rumah balik then hentak pintu dengan sekuat hati menunjukkan emo terhadap lelaki gila itu. BENCI DOHHHHHHHHHHHHHH.

9. Tak suka tengok wayang. Sebabnya, wayang kena duduk. Kalau tengok dekat tv dalam rumah lagi best. Boleh baring mahupun merangkak juga tergelak ikut had melampau. * Ini truly mruly betul oghayh? *

10. Tak suka iron baju sendiri. Semuanya bergantung pada Ibu yang tersayang. If one day dia tak ada.. Aku tak tahu ah siapa yang nak gosok baju aku lagi dah dengan ikhlas dan licin :-( Love you Ibu.

11. Takut akan minyak pabila memasak ayam.

12. Takut akan lipas dan akan berlari dengan trauma kalau ternampak lipas. 

13. Dari kecik tak pernah makan Udang, Sotong mahupun Ketam., Itu semulajadi tercipta dari azali dan takut untuk makan. Haha entah kenapa. Yes, me is sooooo pelik.

14. Tak suka dibahan, dan kalau diri sendiri bahan orang itu perkara biasa. haha

15. Tak suka siapkan homework yang Cikgu bagi. Kalau mengopy jawapan budak yang skema dalam kelas itu perkara rutin dan paling best kalau buat bersama-sama kawan yang tidak menyiapkannya sambil berborak. 

16. Tak suka pakai baju ketat-ketat, itu so ghempit. Nanti kalau pakai buat kena drop dengan Abang je. Haihh 

17. Tak suka pakai emas.

18. Tak suka akan inai kuku. Bagaimana bila gua kahwin nanti? Oh tidak k. Tak suka tak suka tak suka. Sila faham puh lease.

19. Tak suka bila kena marah dengan Ibu dan aku mesti terasa touching menggila walaupun kena marah sikit. Apahal diri sendiri ni? Kata heartless, poorah

20. Tak suka sapu sampah depan rumah, kalau sapu je, mesti Ibu complain dengan berbunyi seperti. " WOI, ORANG BUTA PUN TAK SAPU SAMPAH DENGAN MACAMNI. YANG KAT CELAH-CELAH TU SIAPA NAK SAPU JAPG? TAK BERSIH! SAPU BALIK! " -,-

Ohooooooo, banyak lagi ekceli. Tapi ni je yang mampu.

No comments:

Post a Comment