Saturday 2 June 2012

Tia Amelia top 1.


* Konon agent Tia Amelia lah ni, ptuiiiihh! ( ludah jarak 6 kaki ) haha *

Mula-mula kononnya nak bermula jaga kulit lah kan. Tia Amelia paling top kalau tentang kecantikan zaman Form 3 dulu kala. Produk kecantikan pertama yang pernah aku baru nak guna. Memang terbahek dari ladang, boleh beli satu-satu kalau taknak dengan set. Firstime tengah nak pandai jaga kulit lah kononnya tapi yang dapat hanya haktuihh membuang duit sajo untuk produk yang lain tu, haha.

Lepas stop pakai Tia Amelia, guna produk lain. Ini disebabkan
                                                                                                 |
                                                                                                 |
                                                                                                 V

PENGARUH RAKAN SEBAYA BERLAKU.....

Pakai sabun muka yang murah dari Padang Besar kut, Lala jual. RM2 je seketul, nama dia Assante tak silap. Dia diperbuat daripada SUSU KAMBING. Besar la jugak sabun tu. Kira macam sabun mandi yang biasa korang pakai kat badan tu tapi jenis ketul. Kalau jenis botol tu, tipu ah harga dia RM2 kan. Haha. Time tu tengah fofular momular popular dengan sabun tu. Kalau boleh semua member-member aku nak guna produk yang sama. Pengaruh rakan la katakan. Whathefishcake, haha. Benda sekarang tengah lawak. K. Guna sesama lagi tak boleh bla.

Persoalannya, mengapakah digunakan bersama rakan-rakan secara serentak dan serasi bersama sabun tu? Kerana ciri-cirinya yang best antaranya ialah murah dan best. Kulit pun rasa segar & bersih je lepas cuci guna sabun tu. That's why kami memilih produk tersebut secara bersama * konon sweet pakai sesama * puii, dan sebenarnya pengaruh rakan. Haha.

Tapi tapi.. Selepas 1 bulan berlalu, sabun tu dah pun habis dimakan oleh kulit muka. Memang kuat betul aku cuci muka. Asalkan rasa berminyak sikit je, terasa macam ada habuk sikit, mesti nak cuci. K sekarang kisahnya, sabun tu dah habis. Nak beli dekat Lala tapi dia dah tak jual dah sabun tu disebabkan dia tak balik Padang Besar tu lagi dah. Hanya bersedih je yang mampu T_____T

Kemudian, produk ketiga. Guna produk Temulawak. Produk ni lagi ah best. Lagi-lagi pencuci muka SUSU KAMBING dia jenis colgate tu, jadi lembut je kulit lepas pakai. Tapi mahal. Sedih gila ni. Habis tergadak wallet den beli dengan krim kecantikan dia, krim siang, krim malam, pelembab, sunblock, toner. Woii gila memikirkan! Terus stop pakai lepas sekali beli semua set tu, 3 bulan lah jugak habis pakai semua tu. Tinggal pelembab dengan sunblock je belum habis pakai lagi.

Produk keempat, tukar ke Loreal. Konon nak kulit gebu macam model dalam Loreal promote tu, tapi yang dapat hanya..... ruam-ruam merah kat muka dan berminyak banyak. Bedebah! Habis kulit aku! Buang terus dalam tong sampah.

Dan sekarang, produk pertama jadi pilihan hati --> TIA AMELIA. Murah & tak ada masalah. Pelembab dia paling best. Dari SUSU KAMBING jugak.

Konklusinya, dah kenapa semua produk kecantikan yang aku guna setia dengan SUSU KAMBING?! Baru perasan. Mujur muka aku tak jadi kambing k. Seram ahh. Haha.

No comments:

Post a Comment